pemasaran



DIFINISI PEMASARAN


    Pemasaranboleh didefinisikan sebagai satu proses perancang dan pelaksanaan konsepsi,harga ,promosi serta pengedaran idea,barangan dan perkhidmatan. Dengan kata lain,pemasaran juga merupakan fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran berupa produk dan perkhidmatan pada hari ini boleh dijalankan dengan berbagai cara. selain itu,pemasaran juga berkait rapat dengan 4p's,swot



PADUAN PEMASARAN

MAKSUD 4P'S IALAH..
PROMOSI        -Mengadakan promosi jualan..
                contohnya roadshow,iklan dan sebagainya.
PLACE/TEMPAT   -mempunyai kawasan atau tempat untuk berniaga secara        
                strategik.
               contohnya berada di kawasan yg menjadi tumpuan orang ramai.
PRICE/HARGA    -harga yg ditawarkan berpatutan.
                contohnya tidak terlalu mahal dan pelanggan rasa ia
                berbaloi.
PRODUK         -barang yg dtawarkan dan barang niaga.
                contohnya alat solek,mouse,pen drive,minumam segera dan
               makanan segera dan sebagainya.

MAKSUD SWOT 
      S-STRENGHT@KEKUATAN
      W-WEAKNESS@KELEMAHAN
      O-OPPURTINITY@PELUANG
      T-THREAT@ANCAMAN/MUSUH/PESAING DLM PERNIAGAAN ANDA..

PRODUK
                Produk adalah sesuatu yang dapat ditawarkan untuk memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Pentingnya suatu produk bukan terletak pada kepelikannya tetapi pada kelebihan dan manfaat yang dapat diberikannya. Oleh itu dalam membuat produk harus memperhatikan produk fizikal dan kelebihan yang dapat diberikan produk tersebut.Selain itu,keperluan dan citarasa pengguna yang pelbagai juga menjadi salah satu elemen dalam penghasilan rak sebarguna ini. Dengan itu,Syarikat Skyruz Sdn. Bhd. telah menghasilkan sebuah rak serbaguna yang diberi nama Superb Amaze .
     Idea produk superb amaze tercetus apabila ramai pengguna merungut kerana mengalami masalah tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan pelbagai jenis barangan mengikut kegunaan  tertentu dan keperluan masing-masing . Justeru Syarikat Skyruz Sdn. Bhd berusaha untuk menangani masalah pengguna . Produk ini terdapat pelbagai keistimewaan yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli superb Amaze . Selain daripada fungsi utamanya sebagai almari baju,ia juga boleh dilipatkan untuk dijadikan sebagai rak serbaguna serta beg tangan yang boleh dibawa ke mana-mana.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat pembelian pengguna bagi produk kami ialah :
-           harga yang berpatutan
Syarikat kami telah menyediakan harga yang sangat berpatutan kepada pelanggan kami yang mampu di beli oleh semua golongan tidak kira miskin ataupun golongan berada. Harga yang kami sediakan sangat bersesuaian dengan kualiti produk. Kami telah menetapkan RM 49.90.Pihak kami sangat mementingkan kualiti dan kepuasan pengguna. Ini kerana kami mengamalkan prinsip pelanggan diutamakan ataupun lebih tepat pelanggan sebagai KING.
-          menarik dan kemas
Salah satu faktor yang mampu menarik pelanggan apabila mereka membeli barang kami kerana superb amaze boleh dilipat dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Ia sangat memudahkan pelanggan. Bukan itu sahaja, superb amaze juga mampu membuatkan pelanggan jatuh hati kerana mempunyai pelbagai pilihan warna. Pelanggan boleh memilih warna kegemaran mereka.Dengan kata lain,produk kita adalah dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Reka bentuk bersegi empat yang boleh diubahsuai menjadi rak yang sangat eksklusif  dan fleksibel mengikut saiz yang dikehendakikan oleh pengguna itu sendiri.
-          Lokasi dan saluran pengedaran yang strategik
Syarikat Skyruz Sdn Bhd telah menubuhkan syarikat pusat yang terletak di Changlun,Kedah Darul Aman. Syarikat kami mempunyai beberapa buah cawangan yang membolehkan pelanggan mendapatkan produk tersebut. Walaubagaimanapun, syarikat kami masih baru ditubuhkan,oleh yang demikian hanya terdapat 3 buah cawangan iaitu di Cheras,Kota bharu dan Batu Pahat. Namun begitu,kami juga menyediakan perkhidmatan layanan jurujual ke rumah.
-          Tahan lasak
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami telah  di hasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti  tinggi dan tahan lasak. Produk ini diperbuat daripada kain,


HARGA

Strategi penetapan Harga

Harga berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi produk tersebut. Dari satu segi perletakan harga ,semua kos seperti operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran iklan dan gaji pekerja.

Oleh itu Syarikat Skyruz Sdn Bhd telah menetapkan harga produk kami sebanyak RM49.90 seunit. Penetapan harga ini adalah untuk menarik minat pengguna dengan menggunakan harga psikologi supaya pengguna dapat membandingkan harga ini berbanding dengan harga lain. Harga yang telah kami tetapkan ialah dengan menggunakan harga ganjil. Matlamat penggunaan harga ganjil ini berbeza dengan harga genap. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan bahawa produk kami adalah lebih murah dan berkualiti. Faktor utama dalam perletakan harga ini ialah:

  • Objektif syarikat
Harga produk yang telah ditetapkan oleh kami telah menepati dan mencapai objektif syarikat untuk mencapai keuntungan yang maksimum dan mengurangkan kos.

  • Pengguna
Pengguna yang disasarkan oleh kami terdiri daripada para pelajar khususnya dan suri rumah serta pekerja office. Maka harga yang telah ditetapkan oleh syarikat adalah amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh mereka yang terdiri daripada golongan sederhana.

  • Kos
Skyruz telah meminumumkan kos pengeluaran supaya tidak terlalu tinggi dan tidak menyebabkan pengguna merasa terbeban untuk mendapatkan produk tersebut.


  • Persaingan
Penetapan harga yang secara relatifnya lebih rendah daripada pihak-pihak pesaing adalah bagi menjamin produk keluaran syarikat kami mendapatkan sambutan yang menarik daripada pengguna berbanding produk syarikat pesaing yang menjual pada harga yang tidak  relevan dengan kualiti produknya.


Syarikat Skyruz Sdn Bhd telah menetapkan harga yang paling rendah untuk memberi pilihan kepada pengguna dengan si samping dapat menarik minat pengguna dengan harga tersebut. Oleh itu harga yang ditetapkan iaitu RM49.90 menepati citarasa pengguna yang menginginkan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama kepuasan pengguna dapat dimaksimumkan.




PROMOSI

Syarikat Skyruz mempunyai strategi pemasarannya yang tersendiri bagi menjamin produk keluaran syarikat mendapat sambutan daripada orang ramai. Skyruz telah memilih strategi menarik sebagai strategi promosi. Dalam strategi ini, promosi ini dilaksanakan terus kepada pengguna supaya pengguna terdorong mencarinya di kedai-kedai atau pasaraya yang terdekat. Kesannya pengurus kedai atau pasaraya akan berusaha untuk mendapatkan bekalan bagi produk tersebut. Antara kaedah-kaedah yang akan kami gunakan untuk menghubungkan produk kami dengan pelanggan ialah :


  • Pengiklanan
Kami akan mengiklankan produk kami melalui media pengiklanan seperti di surat khabar . Ini kerana suratkhabar adalah media yang popular yang mendapat sambutan hangat di kalangan surirumah pada masa kini. Pengiklanan produk kami dalam majalah tersebut akan membantu dalam promosi yang dijalankan oleh Skyruz untuk menarik minat pengguna. Skyruz telah menyediakan laman web bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang syarikat dan mengenai produk terkini yang berada di pasaran. Laman web syarikat kami ialah http://syarikatskyruzz.blogspot.com/ Dengan menubuhkan laman web tersendiri,kita dapat menarik perhatian para pelajar dan pekerja syarikat bagi menggalakkan pembelian produk kami.

  • Promosi Jualan
Selain itu kami juga menggunakan kaedah promosi jualan yang merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk mengglakkan pembelian produk oleh pengguna. Jadi kami menggunakan kaedah pengguna. Hadiah ialah satu barang percuma yang akan kami berikan atau potongan harga dalam peratusan kepada pembeli yang membeli produk kami ini. Pertandingan cara lipatan rak serbaguna yang paling kreatif juga bolah diadakan bagi menarik perhatian orang ramai tentang keistimewaan produk kami dan memposisikan imej produk yang baik dalam minda pengguna.

  • Jualan Peribadi
Kami juga membuat jualan peribadi untuk mempengaruhi dan memujuk pelanggan supaya membeli produk kami . Jurujual atau ejen kami akan membuat jualan dari rumah ke rumah. Tujuannya adalah untuk pengguna dapat maklumat yang jelas mengenai produk kami, mereka juga boleh mencuba dan boleh memberi maklum balas dengan segera.pelanggan juga akan diber tunjuk ajar tentang cara lipatan rak serbaguna ini kepada beberapa jenis produk lain,contohnya,beg tangan.




SALURAN PENGEDARAN

Untuk menggerakkan produk kami, kami telah mewujudkan saluran pengedaran yang eksentif merangkumi perantaraan pemasaran dan orang tengah yang akan membawa produk kami kepada pengguna. Buat masa ini kami telah mempunyai sebuah kilang yang terletak di Changlun.


CARA PENGEDARAN PERTAMA:
Syarikat Skyruz Sdn Bhd  telah menggunakan saluran agihan secara berperingkat peringkat dan syarikat kami juga menggunakan aliran pengedaran langsung dari pengedar terus kepada pengguna. Kaedah ini dilakukan melalui jualan langsung.

Pengaliran salur pengedaran ini bermula dengan perantaraan pemasaran dengan pemborong seperti membuat jualan kepada pihak peruncit menyediakan maklumat pasaran kepada pengeluar, menyediakan alat promosi bagi peruncit dan memberikan bantuan dalam bentuk kewangan terutamanya dengan pemberian potongan harga.
Antara Peruncit yang dikenal pasti oleh syarikat kami ialah TESCO,C-Mart dan JUSCO.







CARA PENGEDARAN KEDUA


Syarikat Skyruzz Sdn Bhd mempunyai jurujual terlatih yang boleh memberikan perkhidmatan jualan peribadi kepada pelanggan sasaran kami,iaitu suri rumah.Dengan itu,jurujual kami akan mengunjung dari rumah ke rumah bagi memperkenalkan fungsi produk kita.





CARA PENGEDARAN KETIGA
Syruz akan menubuhkan laman web tersendiri dan menerima tempahan on-line.Cara tempahan on-line telah dikenal pasti sebagai saluran kegemaran pelajar dan pekerja syarikat yang tidak mempunyai masa untuk mungunjungi kedai dan pusat beli-belah.Selain itu,kos tempahan on-line secara relatifnya lebih murah keran tidak melibatkan banyak pihak.

No comments:

Post a Comment