perancangan pengeluaran


Berikut adalah kekuatan dan kelemahan Syarikat Skyruzz  Sdn. Bhd
KEKUATAN
KELEMAHAN
Lokasi yang baik
Tiada pengalaman kerja
Menghasilkan produk yang berkualiti
Kurang pengetahuan dalam perniagaan
Promosi yang baik
Kekurangan kelengkapan
Harga yang berpatutan
Produk tidak tahan lama

8.0 RANCANGAN PENGELUARAN
      Syarikat Skyruz Sdn. Bhd  akan membeli segala bahan mentah yang diperlukan dalam penghasilan produk kami iaitu SUPERB AMAZE .Bahan mentah yang mencukupi diperlukan untuk memproses dan akhir sekali memasang untuk dijadikan produk siap.

8.1 Kapasiti Mesin
 Bagi mesin pembentukan,mesin ini boleh beroperasi selama 10 jam sehari dan mampu untuk menghasilkan kain yang dibentuk dalam bentuk ditetapkan.

8.2 Kapasiti Pengeluaran
Bahagian-bahagian pengeluaran mampu mengeluarkan 83000 unit Superb Amaze dalam setahun.        
Bagi tahun pertama,penubuhan bahagian pengeluaran hanya mampu mengeluarkan sebanyak 500,000 unit Superb Amaze dalam setahun.             

8.3 Aset-Aset syarikat
Oleh kerana syarikat kami adalah syarikat sedia ada,kami hanya perlu menambahkan sejenis aset iaitu mesin menjahit.

8.4 Susun Atur Loji (pembuatan ‘SUPERB AMAZE’)



8.5 Sumber Bahan Mentah
1. Bahan asas yang digunakan adalah kain bermutu tinggi daripada Gedung Kain Sdn Bhd.                                                                                                                               2 .Bahan-bahan lain seperti benang,kayu dan sebagainya diperoleh daripada pembekal Aman       Jaya Enterprise.

8.6 Sumber Tenaga Kerja Dan Kos Kerja
1.Bahagian pembentukan dan jahit kain serta besi memerlukan 2 orang pekerja bagi menyelenggarakan mesin pembentukan tersebut.                                                                                                                                          2.Bahagian pengumpulan kain dan besi yang telah dibentuk dan barang-barang separa siap seperti kayu,poket rak dan sebagainya memerluka seramai 20 orang pekerja.                                             3.Bahagian pemasangan memerlukan seramai 50 orang pekerja bagi mamasang rak serbaguna tersebut.                                                                                                                 
4.Bahagian pemeriksaan memerlukan seramai 10 orang pekerja bagi memeriksa setiap kualiti bahagian produk kami.                                                                                                                                                  5.Bahagian pembungkusan memerlukan seramai 10 orang pekerja untuk membungkus setiap Superb Amaze yang telah siap sepenuhnya.

8.7 Penyusunan Proses
                                 Carta alir proses Syarikat Skyruz Sdn.Bhd adalah seperti berikut:          
                                
                        
          
                                            Rajah 6:Carta Aliran Proses

8.8 Kos Produk Seunit
Seperti yang terdapat di bahagian kewangan,kos produk seunit adalah hasil tambah kos bahan langsung,buruh langsung,dan overhed kilang.Kos produk seunit Superb Amaze berjumlah sebanyak RM 49.90

8.9 Penjadualan Pengeluaran
Syarikat telah menggunakan kaedah carta gantt dalam penjadualan pengeluaran.Masa yang diperlukan bagi menghasilkan seunit rak adalah selama 1 jam 15 minit.Aktiviti membentuk kain mengikut bentuk yang dikehendaki menggunakan masa selama 20 minit.Aktiviti pemasangan juga memakan masa selama 20 minit.Manakala aktiviti pengumpulan dan pemeriksaan kualiti iaitu mengumpul dan memeriksa bahagian-bahagian produk mengambil masa selama 15 minit.Aktiviti pembungkusan adalah aktiviti terakhir bagi menghasilkan produk baru kami ini Superb Amaze yang memakan masa 20 minit.Semua keterangan di atas ditunjukkan dalam carta gantt di bawah.

1 comment:

  1. bagaimana dengan faktor persekitaran umum dan tugas?

    ReplyDelete