Monday 17 December 2012


PENGENALAN

            Skyruz Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalaankan urusniaga jualan rak serbanguna khususnya kepada para siswa dan siswi universiti serta kolej, suri rumah, dan pekerja syarikat. Syarikat telah menjalankan operasinya selama 3 tahun. Projek terbaru syarikat adalah mengeluarkan rak sebaguna atau lebih dikenali ‘SUPERB AMAZE’ yang diinovasikan agar memudahkan para siswa dan siswi universiti serta kolej, suri rumah, dan pekerja syarikat untuk  dibawa kemana sahaja dengan lebih mudah dan ringan di samping dapat menjimatkan ruang. Ini sudah pasti menarik minat para siswa dan siswi, suri rumah, dan pekerja syarikat dan dapat memaksimumkan kepuasan pembeli dan sekaligus memaksimumkan keuntungan syarikat.

LATAR BELAKANG SYARIKAT
      Syarikat Skyruz Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009. Aset utama syarikat ini ialah membuat rak serbaguna  dan operasi pengeluaran utamanya dan juga pusat pentadbiran syarikat di No 23,Jalan Sayang 3/12,81000 Kulai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Syarikat juga mempunyai 3 bilik pamerannya sendiri yang terletak di Changlun,Pulau Pinang dan di Shah Alam.

PRODUK YANG DITAWARKAN
            Produk yang ditawkan syarikat adalah sebuah rak serbaguna yang berjenama SUPERB AMAZE  di mana ia direka khas bagi memudahkan para pengguna terutamanya siswa dan siswi, surirumah, dan pekerja syarikat kerana produk ini menjimatkan ruang dan dapat dibawa kemana sahaja. Rak serbaguna ini mempunyai berat yang kurang dari 2 kg dan boleh dilipat dan dijadikan beg. Bahan asas yang digunakan ialah kain dan kayu yang bermutu serta ringan agar mudah di bawa ke mana-mana.

RANCANGAN STRATEGIK
  •      Membuka bilik pameran di seluruh Negara termasuklah Sabah dan Sarawak.
  •       Menembusi pasaran luar Negara khususnya Negara yang sinonim dengan tempat       pendidikan seperti Mesir dan United Kingdom.
  •   Melakukan pendekatan yang logika dan sistematik dalam menguruskan maklumat-   maklumat syarikat untuk meneruskan pengurusan syarikat yang cekap dan teratur.
  •       Strategi penstabilan produk dengan member tumpuan kepada bahagian pemaasaran untuk  melindungi syer pasaran dari terjejas dan tergugat. Tumpuan juga diberikan kepada bahagian kewangan untuk memastikan kewangan syarikat diuruskan dengan lebih teratur.




JUMLAH MODAL DIPERLUKAN
            Jumlah modal awal yang diperlukan oleh syarikat untuk memulakan projek baru ini adalah sebanyak RM 100000. Modal ini diperolehi melalui sebahagian daripada pendapatan syarikat terdahulu sebanyak RM 25000 dan juga melalui pinjaman daripada CIMB BANK sebanyak RM75000. Modal yang diperolehi ini akan digunakan sepenuhnya dalam pengeluaran produk syarikat di simpang penggunaan dana untuk membeli aset-aset tetap baru seperti tambahan beberapa mesin bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran produk.


LOGO SYARIKAT 





untuk mengetahui pengenalan sejarah syarikat, sila klik pada link